BLOGGER LADANG TERNAKAN

AZIE GLOBAL ENTERPRISE

PEMBAYARAN DAN PENGHANTARAN

Harga setiap produk yang dijual adalah mengikut berat, saiz dan umur ternakan yang mana ianya dipilih dari baka ternakan yang berkualiti serta yang terbaik dengan kaedah penjagaan yang bersih dan teratur.

Harga juga boleh dibuat melaluai bajet yang diberikan oleh pembeli bagi jenis produk kambing jamnapari, kambing boer dan lembu brahman yang mana ianya boleh dipilih dan ditimbang mengikut bajet pembeli.

Pembayaran hendaklah dibuat didalam kawasan ladang bagi tujuan keselamatan peladang yang mana ketika ini banyaknya berlaku penipuan dan rompakan lori semasa penghantaran. Bayaran harus diterima setelah produk selesai dimasukan kedalam pengangkutan sebelum meninggalkan kawasan ladang.

Kos pengangkutan bagi pembelian produk kambing jamnapari dan kambing boer dibawah 15 ekor adalah ditanggung oleh pembeli manakala sekiranya pembelian diatas 15 ekor adalah ditanggung sepenuhnya oleh peladang.

Kos pengangkutan bagi pembelian produk lembu brahman dibawah 10 ekor adalah ditanggung oleh pembeli manakala sekiranya pembelian diatas 10 ekor adalah ditanggung sepenuhnya oleh peladang.

Peladang akan menanggung sepenuhnya keselamatan dan masaalah sepanjang lembu didalam perjalanan penghantaran sebagai contoh sekiranya berlaku kematian, peladang akan menanggung ganti rugi secara tunai atau pengantian ternakan baru.

Tanggungjawab peladang akan dikira selesai setelah penghantaranselamat tiba kelokasi pembeli dan diperiksa oleh pembeli semasa proses penurunan dari pengangkutan.

HUBUNGI KAMI :

En. Azmy :
016 - 298 0003 / 016 - 680 0003
azieglobal_azmy@yahoo.com

En. Boy :
017 - 677 4416
azieglobal_boy@yahoo.com